Image

TAKWIN PEPERIKSAAN TAHUN 2016 SK GARLAND

 

TAKWIN PEPERIKSAAN TAHUN 2016 SK GARLAND

  • UJIAN AWAL TAHUN (PRA PPT / AR1)  – (07 – 11 MAC 2016)
  • PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) / AR 3  – ( 09 – 13 MEI 2016 )
  • PRA PAT / AR 3  –  ( 18 – 22 JULAI 2016 )
  • UPSR SEBENAR   –  ( 05 – 07 SEPT 2016 )
  • PEPERIKSAAN AKHIT TAHUN (PAT)/AR4  –  ( 10 – 14 OKT 2016 )

PENGISIAN MAKLUMAT SEMUA GURU DAN AKS UNTUK PENDAFTARAN LATIHAN MELALUI MOD E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)

https://docs.google.com/forms/d/1HR-N63_l-CJpZbQvR5BXkLDRlboIl5ACRtIIrLcW2j8/viewform

Senarai Guru Kelas 2016

SENARAI NAMA GURU KELAS 2016

AGIHAN MATA PELAJARAN TAHUN 2016

Senarai agihan mata pelajaran bagi tahun 2014. Sila muat turun dilink berikut

1. AGIHAN MP MENGIKUT BILANGAN MASA 2016
2. BILANGAN WAKTU MENGAJAR 2016

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LOGO KPM 2013 - 1RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-20 TAHUN 2013

sukan1 sukan2 sukan3 sukan4 sukan5 sukan6 sukan6 sukan7 sukan8 sukan9

Pada 23 Mei 2013, Sekolah Kebangsaan Garland telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-20. Kejohanan ini diadakan di Padang Sukan Jubilee bermula pada jam 8:30 pagi.

Acara sukaneka dan padang telah diadakan lebih awal pada 15 hingga 17 Mei 2013 di padang sekolah. Acara sukaneka dikhususkan untuk murid-murid tahap 1 sahaja. Acara yang diadakan ialah Lari Dalam Guni, Memasukkan Bola Ke Dalam Bakul dan Meniup Belon. Acara padang pula untuk murid-murid tahap 2 dan ketegori yang dipertandingkan pula ialah Lontar Peluru Lelaki & Perempauan, Lompat Jauh lelaki & Perempuan dan Lompat tinggi Lelaki & perempuan.

Keadaan cuaca pada pagi kejohanan Balapan itu sangan baik. Pada pukul 8:00pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk di sebelah astaka. Tetamu jemputan tiba kira-kira pukul 8:15 pagi. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Tetamu jemputan menerima tabik hormat.

Semua hadiri dan murid-murid berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan Negaraku dan lagu kebesaran negeri Sarawak Ibu Pertiwiku. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Encik Jeffry Renos selaku Guru Besar SK Garland merangkap pengerusi Kejohahan. Seterusnya Kejohanan Balapan & Padang Tahun ini dirasmikan oleh Encik Baka Anak Riden YDP PIBG SK Garland. Semua peserta melafazkan ikra kejohanan yang di ketuai oleh adik Clarissa Preu.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan dengan dimulai dengan acara 80 meter kategori tahun 1 lelaki. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara 4X 200 meter menjadi acara kemuncak kejohanan pada hari itu. Kira-kira jam 12:00 tengahari semua acara tamat. Seterusnya, upacara penangguhan kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Gilbert Bendahari Lembaga Pengurusan Sekolah.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan kali ke-20 ini ialah Pasukan Rumah Rentap (Hijau). Sebelum bersurai semua murid dan guru bergotong-royong membersihkan kawasan padang. Lebih gambar di FB Garland

Majlis Perjumpaan TPM Bersama Guru-guru Sekolah Mubaligh

sk garland sk garland sk garland sk garland sk garland sk garland sk garland sk garland

Majlis Perjumpaan Tan Sri Dato Sri Muhyiddin Bin Muhd Yassin bersama guru-guru  dan penyerahan bantuan sekolah mubaligh seluruh Sarawak telah diadakan pada Sabtu, 14 April 2013 jam 4 petang bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Garland. Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM31 juta kepada 127 buah sekolah mubaligh seluruh negeri pada majlis sama yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin serta menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri. Dianggarkan seramai 3000 orang yang hadir ke majlis tersebut terdiri daripada guru-guru sekolah mubaligh dan pegawai-pegawai kerajaan.
Bantuan tabung khas yang disampaikan menyaksikan Bahagian Kuching menerima paling tinggi iaitu lebih RM11.608 juta untuk 45 buah sekolah, diikuti Bahagian Betong RM3.16 juta (11 buah sekolah), Bahagian Sibu (RM2.889 juta untuk 12 buah sekolah), Bahagian Samarahan (RM2.867 juta untuk 19 buah sekolah), Bahagian Sri Aman (RM2.280 juta untuk tujuh sekolah), Bahagian Kapit (RM2.184 juta untuk sembilan sekolah), Bahagian Mukah (RM1.868 juta untuk tujuh sekolah), Bahagian Sarikei (RM1.766 juta untuk lapan sekolah), Bahagian Miri (RM1.641 juta untuk enam sekolah), Bahagian Limbang (RM482,800 untuk dua sekolah) dan Bahagian Bintulu sebanyak RM241,400 kepada sebuah sekolah mubaligh.

Program Motivasi Jati Diri Tahun 6 Sesi 2013

smart smart smart smart smart smart smart smart smart smart

Program Jati Diri diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan pelajar semasa tahun peperiksaan. Program ini menanggapi pelajar dari segenap aspek kehidupannya sebagai pelajar iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar. Program seperti ini amat penting bagi seorang pelajar kerana di sinilah pelbagai menu mental dan jasad dinikmati secara intensif.
Program ini telah dijalankan selama 3 hari di Kem Rock View, Agrotek, Pantai Pandan Lundu pada 8 Mac 2013 hingga 10 Mac 2013. Semua pelajar tahun 6 sesi 2013 telah mengharungi pelbagai akutiviti dan cabaran sepanjang program ini dijalankan. Antara cabaran yeng telah diharungi ialah “Abseiling”, Jungle Trekking dan cabaran tongkat amanah.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

DSC_0078 DSC_0073 DSC_0074DSC_0077IMG_0227 IMG_0225 IMG_0221 IMG_0220IMG_0198 IMG_0195IMG_0246 IMG_0247IMG_0236

Rawatan pergigian di sekolah telah dilaksanakan oleh 2 orang Jururawat Pergigian, seorang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Pejabat Perkhidmatan Pergigian Sekolah Bahagian Kuching. Mereka berada di sekolah ini mulai 7 Januari 2013 hingga 5 Februari 2013. Bilik Sains sekolah dijadikan sebagai bilik rawatan. Semua murid SK Garland dari tahun 1 hingga tahun 6 telah mendapat rawatan pergigian. Ahli jawatankuasa kesihatan sekolah yang diketuai oleh Puan Ma Sedeg juga telah berjaya memastikan rawatan pergigigan dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Pada 31 Januari 2013, pasukan pergigian tersebut mengadakan Pertunjukan Boneka yang bertajuk “Sang Buaya Yang Sombong”. Murid-murid terhibur dengan pertunjukan tersebut dan mendapat tauladan tentang pentingnya penjagaan gigi diperingkat awal.

Latihan memberus gigi diadakan pada 1 Februari 2013. Aktiviti dijalankan mengikut kelas dan demontrasi mengosok gigi dilakukan oleh 2 orang Jururawat Pergigian. Semua murid membawa cawan, berus dan ubat gigi masing-masing. Murid-murid diajar cara-cara memberus gigi dengan betul.

Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah telah memberi cenderahati kepada pegawai-pegawai pergigian tersebut dalam satu jamuan ringan. Manakala pihak Perkhidmatan Pergigian pula telah menyumbang berus dan ubat gigi kepada murid-murid tahun 1. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M Peringkat Sekolah Kebangsaan Garland

IMG_0206 IMG_0208 IMG_0213 IMG_0212 IMG_0200

12 Rabiulawwal merupakan tarikh Sambutan Maulidur Rasul di Peringkat Kebangsaan. Sambutan ini diadakan untuk memperingati peristiwa keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tema Maulidur Rasul Tahun 1434 Hijrah ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ selaras dengan tema Maal Hijrah 1434. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik. “Wasatiyyah” merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul adalah aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SK Garland. Sambutan di peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Januari 2013 jam 1:30 petang. Walaupun murid Islam di SK Garland hanya seramai 121 orang, aktiviti berbentuk keislaman tetap dijalankan. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan murid-murid dan guru-guru bermula dari pintu masuk sekolah dan berakhir di Dewan SK Garland sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penceramah jemputan dari JAKIM, Ustaz Firdaus Bin Yusuf telah menyampaikan ceramah bertajuk “Maulidur Rasul”.