Matlamat & Objektif

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka.  Atas dasar inilah , matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.

Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

  MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

  • Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF

  • Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
  • Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s