Logo Sekolah

Ilmu Pelita Hidup LogoMoto : Ilmu Pelita Hidup
Kesejahteraan hidup tercipta dengan ilmu yang dituntut tanpa jemu.
Ilmu pelita kehidupan untuk menabur jasa agar dikenang dan disanjung tinggi hingga bila-bila masa.

Rantai Yang Terikat Kuat
Melambangkan kesungguhan, kecekalan dalam usaha mencari ilmu untuk kehidupan masa depan yang cerah.
Kekukuhan yang berpanjangan, permuafakatan yang erat demi kebaikan bersama, perpaduan semua bangsa, persefahaman untuk kejayaan dan kemajuan Wawasan 2020.

Simbol Buku
Ilmu yang baik untuk pedoman hidup sangat berguna untuk semua manusia.
Panduan untuk mempertahankan budaya, agama, maruah diri dan bangsa serta Negara.
Untuk berbakti, berjasa dan membantu antara satu sama lain, bersikap rajin membaca untuk menimba ilmu yeng berguna dan bermanfaat untuk diri dan masyarakat.

Mata Pena
Kerajinan dalam bidang penulisan sebagai usaha mengukuhkan ilmu supaya dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang.
Kepentingan untuk menyampaikan hasrat dan cita-cita murni, dari zaman ke zaman, merekod dan menempah sejarah.

Obor
Menyinari kehidupan manusia dengan ilmu supaya mencapai kesejahteraan, keyakinan, kesanggupan dalam perjuangan untuk membasmikan buta huruf serta membentuk akhlak mulia.

Jam Putaran Masa
Sentiasa menepati masa dan berusaha menyerap ilmu pengetahuan ke sanubari anak-anak seterusnya masyarakat agar dapat membasmi kemiskinan dan menampung segala kekurangan yang kian bersemarak.
Mengingati diri dan rakan supaya tidak ketinggalan dalam menerokai alam kehidupan di zaman yang serba mencabar.

Lambang Tangan
Berdoa dengan harapan tercapai apa yang diusahakan bersama (Guru, Ibubapa dan Murid)

Ikatan Riben
Berbudaya kasih, saling bantu-membantu tidak kira rupa dan warna kulit. Kemesraan yang setara.

Warna Kuning
Berbangga dengan hasil kejayaan diri dan masyarakat sekolah. Mempertahankan kedaulatan keturunan bangsa merdeka. Beradab, bersopan santun dan berhemah tinggi.

Warna Hijau Subur
Sentiasa berusaha untuk terus maju jaya. Masyarakat yang harmoni, berwawasan, berani, cergas dan tegas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s