Pangkalan Data Murid

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pengkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pengkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pengkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.

Makluman Kepada Semua
Aplikasi Pengkalan Data Murid boleh dilayari melalui link berikut:
www.sekolahmalaysia.com

Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.

Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.

Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan SPPBS boleh dilakukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh di bawah KPM serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 3 September 2012. Proses permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dan akan menggunakan data APDM sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa adalah terkini bagi memudahkan proses permohonan tersebut.

Surat Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan data Murid Secara Atas Talian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s