Category Archives: Hal Ehwal Murid

Program Motivasi Jati Diri Tahun 6 Sesi 2013

smart smart smart smart smart smart smart smart smart smart

Program Jati Diri diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan pelajar semasa tahun peperiksaan. Program ini menanggapi pelajar dari segenap aspek kehidupannya sebagai pelajar iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan pelajar. Program seperti ini amat penting bagi seorang pelajar kerana di sinilah pelbagai menu mental dan jasad dinikmati secara intensif.
Program ini telah dijalankan selama 3 hari di Kem Rock View, Agrotek, Pantai Pandan Lundu pada 8 Mac 2013 hingga 10 Mac 2013. Semua pelajar tahun 6 sesi 2013 telah mengharungi pelbagai akutiviti dan cabaran sepanjang program ini dijalankan. Antara cabaran yeng telah diharungi ialah “Abseiling”, Jungle Trekking dan cabaran tongkat amanah.

Senarai Nama Murid 2013

Tahun 1
Kelas 1 Mawar
Kelas 1 Orkid

Tahun 2
Kelas 2 Mawar
Kelas 2 Orkid

Tahun 3
Kelas 3 Mawar
Kelas 3 Orkid

Tahun 4
Kelas 4 Mawar
Kelas 4 Orkid

Tahun 5
Kelas 5 Mawar
Kelas 5 Orkid

Tahun 6
Kelas 6 Mawar
Kelas 6 Orkid

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya.

Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21 september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/ penjaga terlebih dahulu. Klik Mohon..

Pangkalan Data Murid

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pengkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pengkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pengkalan data utama bagi data murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM.

Makluman Kepada Semua
Aplikasi Pengkalan Data Murid boleh dilayari melalui link berikut:
www.sekolahmalaysia.com

Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.

Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.

Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan SPPBS boleh dilakukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh di bawah KPM serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 3 September 2012. Proses permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dan akan menggunakan data APDM sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa adalah terkini bagi memudahkan proses permohonan tersebut.

Surat Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan data Murid Secara Atas Talian.